Hotline Kami: +6018-277 4914 / +6013-203 5697

info@dazra.my

21 Dec
10 SEBAB KENAPA CHINA MERUPAKAN LUBUK BORONG TERMURAH DUNIA!
14640 1

10 SEBAB KENAPA CHINA MERUPAKAN LUBUK BORONG TERMURAH DUNIA!

21 December 2017 In Catefory Blog
( 0 Votes ) 

Baca nombor 8 anda pasti terkejut...

Pernah anda membeli barang di kedai serbaneka, kedai mainan atau mana-mana kedai yang ada di Malaysia dan anda dapati produk yang anda beli semuanya ‘MADE IN CHINA’?

Sarung bantal dan alas katil bilik anda - MADE IN CHINA

Perkakas dapur dan senduk yang anda guna untuk ambil nasi tadi  - MADE IN CHINA

Kain baju kurung yang anda tempah khas dari Vietnam - MADE IN CHINA

Material kad kahwin yang anda terima sepanjang bulan ni  - MADE IN CHINA

Jersi bola sepak kegemaran anda yang beli di Thailand - MADE IN CHINA

Boleh dikatakan hampir 90% produk yang ada disekeliling anda merupakan ihsan daripada pekerja yang bertungkus lumus membanting tulang di setiap kilang produksi yang berada di Negara nun jauh di China.

TAPI KENAPA CHINA?

Pernah tak sekali anda bertanya. Kenapa semuanya MADE IN CHINA? Ini adalah kerana barang di China amat terkenal dengan reputasi mereka sebagai lubuk harga yang super duper murah dan hampir tidak masuk akal.

Boleh jadi harga di Malaysia jika dibandingkan dengan harga asal produk dijual di China boleh turun dari 30% hingga 95% jauh lebih murah bergantung kepada jenis produk. Oleh itu soalan yang lebih utama…

KENAPA BARANG DI CHINA HARGA MURAH GILA MENJUNAM?

Kebanyakan orang akan terfikir, gaji pekerja di sana yang murah mengakibatkan produk boleh dijual dengan murah… namun realiti sebenar terdapat beberapa faktor menjadikan China lubuk termurah dunia dan digilai orang pemborong di Malaysia yang sanggup pergi trip borong ke China.

Berikut merupakan 10 faktor kenapa China menjadi tumpuan untuk membeli barang secara borong:-



1) Produksi Skala Besar dan Kos Material yang Murah

Jika dibandingkan industri pembuatan di China berbanding negara luar seperti India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, Amerika syarikat dan negara pembuatan lain, kebanyakan kilang produksi di China antara yang terbaik di Dunia!

Kilang pembuatan sahaja sudah merangkumi beratus malah beribu produk daripada pembuatan pakaian sehinggalah industri berat seperti mesin, kenderaan berat dan sebagainya. Malah dengan permintaan dari seluruh dunia, jumlah produksi seharian juga mencecah angka jutaan produk sehari. Kos material juga dapat dikurangkan kerana permintaan yang tinggi sehingga menjurus kepada kos produksi menjadi teramat murah.

2) Industri Bekalan Rantaian yang Lengkap

Tidak kira apa jua jenis industri, proses bekalan rantaian di China adalah sangat lengkap sehingga boleh memenuhi setiap permintaan pelanggan. Anda boleh mencari proses bekalan rantaian dengan mudah mengikut kemahuan industri anda sekaligus dapat memperbaharui kadar kecekapan pengeluaran produksi.

Ini bermakna secara tak langsung, mengurangkan kos pekerja yang tidak diperlukan, kerja bertambah efisien dan mengurangkan lagi kos untuk menguruskan produk dan komoditi.

3) Infrastruktur yang Terbaik

Bukan sekadar industri rantaian bekalan yang efisyen akibat daripada kepakaran mereka menguruskan bekalan produk, infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan China juga lengkap untuk bagi membolehkan pengilang mengeksport produk dengan cepat, cekap dan pantas. Bermula daripada China hingga ke depan rumah anda.

Tekan link ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh Shipping dari China ke Malaysia dengan selamat..



4) Terbaik di dalam Teknologi E-dagang

Syarikat China dilihat sebagai pemain utama di dalam teknologi E-dagang dunia. Contoh terdekat seperti Jack Ma dan syarikatnya Alibaba. Malah jauh lebih baik berbanding gergasi E-dagang seperti Ebay mahupun Amazon dengan fasiliti yang lebih lengkap, gudang yang lebih besar, pengkalan data pengilang yang lebih ramai, dan kemudahan eksport yang lebih efisyen.

Kemudahan teknologi E-dagang juga membantu pengilang untuk mencari pelanggan di serata dunia, ini tidak termasuk pemborong dari negara luar yang sentiasa membanjiri China untuk mencari produk pada harga borong. Apabila permintaan mudah didapati, kos pemasaran juga turut menurun.

5) Persaiangan yang Kuat

Apabila hampir setiap produk boleh didapati di China, maka berlaku persaingan antara pengilang dan pemborong di sana. Jadi amat mudah bagi pemborong di Malaysia untuk mencari produk alternatif daripada pengilang atau pemborong lain sekiranya harga yang dijual adalah mahal.

Bayangkan sekiranya beribu peniaga menjual produk yang sama, jadi untuk sentiasa kekal releven dengan pasaran semasa, produk terpaksa dijual pada harga rendah supaya mereka kekal kompetetif di pasaran. Malah perniagaan ibarat nadi kehidupan masyarakat di China.

6) Polisi yang Menguntungkan Pengilang dan Pengusaha di China

China mengenakan sistem cukai yang dinamakan VAT atau nama lainnya Value Added Tax. Kebiasaanya kadar cukai yang dikenakan adalah 17 hinnga 13 peratus daripada produk yang dikeluarkan. Syarikat di China layak untuk menerima bayaran balik daripada kerajaan China untuk bahan yang dihasilkan bagi tujuan eksport.

7) Manipulasi Matawang

Paling ketara sekali, walaupun China dilihat antara kuasa besar dunia tetapi matawang China dilihat lebih rendah berbanding dengan negara kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat. Ini adalah kerana kerajaan China memanipulasikan matawang mereka dengan mengurangkan nilai matawang sebanyak 30-40% daripada nilai sebenar mereka.

Secara tidak langsung, setiap produk yang dikeluarkan oleh pengilang dan pengusaha di China adalah 30-40% lebih rendah berbanding produk sama yang dikeluarkan oleh pesaing di negara lain. Sekaligus dapat mematikan persaingan dan menjadikan mereka antara negara pengeluar utama untuk produk tersebut.

8) Kos Pematuhan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan serta Peraturan Alam Sekitar yang Rendah

Di China, kos yang dikenakan terhadap peraturan dan keselamatan tidak semahal negara membangun yang lain. Ini kerana kerajaan China tidak mengenakan terlalu banyak akta kepada pengilang dan pembuat produk malah penguatkusaannya juga tidak ketat.

Sekiranya anda bekerja di salah satu kilang di China, insuran pampasan terhadap pekerja juga ada yang tidak disediakan dan sekiranya berlaku kes kecederaan semasa bekerja sehingga tahap cacat anggota atau hilang fungsi badan, anda tidak akan menerima sebarang bentuk pampasan.

Ini belum termasuk penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang tidak ketat. Penguatkuasaan yang lemah terutamanya di peringkat tempatan mengakibatkan syarikat-syarikat di China membuang sisa pembuatan produk sampingan ke udara atau saliran air tanpa perlu risau dikenakan tindakan.

9) Strategi “Dumping”

Kerajaan China mengimplementasikan salah satu kaedah dimana ianya dipanggil sebagai strategi “Dumping” atau “lambakan” yang ditakrifkan sebagai perbuatan pengeluar negara tersebut yang mengeksport produk ke negara lain dan mengenakan harga di bawah harga yang mereka kenakan di pasaran China atau harga di bawah kos produksi mereka.

Objektif “Dumping” adalah untuk menguasai pasaran dan menghapuskan persaingan untuk produk atau komoditi yang dieksport tersebut. Ini mengakibatkan harga yang diberikan kepada pengguna seperti kita boleh dikurangkan lebih rendah berbanding produk sama yang dikeluarkan produk pesaing.

”Dumping” juga merupakan strategi negara China untuk menggalakkan eksport berbanding import supaya kerajaan dapat mengawal pergerakan modal dan memusatkan keputusan mata wang di tangan kerajaan pusat.

 

10) Gaji Pekerja yang Rendah

Yang terakhir sekali, di China jumlah penduduknya sahaja sudah melebihi 1.4 billion semenjak 19 Disember 2017 dan merangkumi 18.67% total populasi penduduk dunia! Para tenaga kerjanya sahaja sudah lebih daripada mencukupi malah setiap penduduk berlumba-lumba untuk mengisi ruang pekerjaan yang terhad mengakibatkan kos pekerja menjadi sangat rendah.

Daripada keseluruhan kos produk, kos pekerja hanya merangkumi kurang lebih 30%-40% malah ada yang serendah 20% daripada kos tersebut. Namun kerajaan China sudah mula memperbaharui industri pekerjaan dan meningkatkan kos pekerja semenjak 10 tahun kebelakangan ini.

Oleh itu setiap kali anda membuang produk yang diperbuat daripada China, ingatlah bahawa setiap produk yang anda buang adalah seguni air peluh buruk bergaji rendah di negara China. :)

Ketahui pula bagaimana cara untuk selamat daripada elak ditipu ketika borong di china melalui tips ini.

Dazra Ventures Author

Syarikat Dazra Ventures & Consultancy merupakan syarikat yang menjalankan seminar keusahawanan serta trip borong china kepada usahawan Malaysia yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan.

Related Articles

Comments 1

leave a comment

Hakim
Hakim Post on 2018-01-02 23:00
info yang bagus.. terima kasih
Reply

Leave A Comment

Seminar Maharaja Borong China

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami akan dedahkan segala rahsia untuk menjadikan anda benar-benar "Success" dalam teknik Borong di China...