011-1300 4869 / 013-203 5697

ramdan@dazra.my

06 Dec
5 TIPS SELAMAT UNTUK ELAK DITIPU KETIKA BORONG DI CHINA
1552 0

5 TIPS SELAMAT UNTUK ELAK DITIPU KETIKA BORONG DI CHINA

06 December 2017 In Catefory Blog
( 0 Votes ) 

Di bawah merupakan 5 Tips supaya anda lebih berwaspada

Apabila semakin ramai usahawan yang tumbuh bak cendawan di luar sana, jadi semakin ramailah juga yang akan ke China dan mengikuti trip borong ke china untuk mencari produk yang berkualiti pada harga murah. Ye tak ya sebab kebanyakan produk di Malaysia pun, datangnya daripada negara China. Jadi semua sudah sedia maklum, lambat laun anda sebagai usahawan juga akan ke sana.
 
Di bawah merupakan 5 Tips supaya anda lebih berwaspada. Nombor 5 paling kena perhati betul-betul. Ramai tertipu 😂

1. Kenal Pemborong

Berjumpa sendiri dengan pemborong, kenal secara personal, dapatkan bisnes kad dan kontek nombor.

2. Simpan Resit

Resit adalah satu-satunya bukti bertulis anda yang menunjukkan anda membeli di kedai tersebut. Anda boleh gunakan untuk report polis sekiranya berlaku kes penipuan

3. Bayar 30% Deposit

Bayar sedikit supaya pemborong membuat kerja dengan pantas dan elak supaya anda ditipu. Terdapat kes pembeli bayar penuh dan kehilangan resit. Tempahannya tidak dilayan.

4. Wang Palsu

Perhatikan semasa proses pertukaran wang. Sentiasa perhati kelakuan pemborong semasa wang ditukar. Kira dan rasa sendiri wang tersebut untuk elak ditipu.

5. Pastikan pemborong merupakan pemborong kedai tersebut

Terdapat kes, individu licik yang menyamar menjadi pemborong kedai kerana kemahirannya bercakap dalam bahasa inggeris. Mereka mengeluarkan resit palsu dan menerima bayaran daripada anda 😁


 
Berikut merupakan antara 5 cara supaya anda elak ditipu ketika memborong di china. Memandangkan semakin banyak seminar daripada sifu-sifu mengajar mengenai berniaga secara online kan? Jadi semakin ramai usahawan yang akan cuba mencari produk pada harga yang murah dan hendak mengikuti trip borong ke china. Ada juga yang cuba untuk membeli secara online, itu kami akan kongsikan kemudian. Tetapi beli borong secara online atau mengikuti trip borong ke china, masing-masing ada cabarannya tersendiri.

Pastikan anda dilengkapi ilmu yang cukup sebelum ke china. Tersilap langkah mungkin boleh kerugian bukan sahaja beratus ringgit malah beratus ribu ringgit sekiranya tertipu. Bak kata pepatah melayu, "Beringat sebelum terkena". Sekiranya anda ingin mengetahui selok belok borong di china, anda boleh buat demikian melalui link yang kami berikan di sini.
 
Moga tips tersebut menjadi panduan untuk anda yang berniat suatu hari nanti untuk memborong di sana. Selamat mencuba.
 

Dazra Ventures Author

Syarikat Dazra Ventures & Consultancy merupakan syarikat yang menjalankan seminar keusahawanan serta trip borong china kepada usahawan Malaysia yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan.

Related Articles

Comments 0

Leave A Comment

Jadi Kenapa Tunggu Lagi ???

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami akan dedahkan segala rahsia untuk menjadikan anda benar-benar "Success" dalam teknik Borong di China...