Hotline Kami: +6018-277 4914 / +6013-203 5697

info@dazra.my

09 Jan
DAZRA BANTU BANGUNKAN ZON BEBAS CUKAI TASIK KENYIR
14155 0

DAZRA BANTU BANGUNKAN ZON BEBAS CUKAI TASIK KENYIR

09 January 2018 In Catefory Blog
( 0 Votes ) 

Pencapaian besar DAZRA tahun 2017...

Pada tahun 2017, Dazra Ventures & Consultancy telah menempa satu kejayaan terbaru di dalam perkhidamatan kami di mana kami telah membantu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk membawa masuk beberapa produk laris seperti pinggan mangkuk, beg bagasi, joran, barang permainan, barang cenderahati dan pelbagai lagi produk lain bagi mempromosikan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir. 

Nilai produk yang kami telah berjaya membawa masuk kurang lebih daripada RM 1.2 juta dan kesemua produk ini boleh didapati di premis perniagaan di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir. Produk yang pada asalnya dijual pada harga yang mahal namun setelah berada di dalam kawasan Zon Bebas Cukai, produk yang dijual boleh didapati pada harga jauh lebih rendah, berpatutan dan paling penting kualiti yang terbaik.

 

Gambar Sumber itourism

 

Apakah itu Zon Bebas Cukai?

 

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Zon Bebas Cukai atau dipanggil sebagai Zon Bebas merupakan mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu Zon Perdagangan Bebas atau Zon Perindustrian Bebas.

Zon Bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967, Seksyen 2 Akta Eksais 1976, Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Zon Perdagangan Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon Perindustrian Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti pengilangan.

 

Apakah Keistimewaan Zon Bebas Cukai?

 

Syarikat yang beroperasi di dalam Zon Bebas boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan kecuali bagi barang tertentu di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas barang-barang dan perkhidmatan) 1998.

 

 


Gambar sumber Blog Penyu Sakit

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Omar Ismail, berharap dengan pembukaan Zon Bebas Cukai ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan dan perdagangan di kawasan ini.

Diharap dengan pembukaan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dapat menyemarakkan lagi ekonomi di sekitar tasik kenyir dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pengunjung luar dan dalam negara yang popular di dunia.

Sumber : Berita Harian Online

Dazra Ventures Author

Syarikat Dazra Ventures & Consultancy merupakan syarikat yang menjalankan seminar keusahawanan serta trip borong china kepada usahawan Malaysia yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan.

Related Articles

Comments 0

Leave A Comment

Seminar Maharaja Borong China

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami akan dedahkan segala rahsia untuk menjadikan anda benar-benar "Success" dalam teknik Borong di China...