
08 Jan


6612
0
Plaza Borong Alat Tulis Yiyuan
Alat tulis untuk kelengkapan sekolah dan pejabat...
Di Plaza ini yang menariknya terdapat Plaza borong alat tulis lama seperti Yi Yuan dan Xing Zhi Guang, yang berpindah dari Jalan Yide ke Huangsha pada tahun 1994.
Plaza ini terdapat hampir seribu kedai dan merangkumi kawasan melebihi 10,000 meter persegi, dibahagikan kepada dua bangunan iaitu A dan B. Malah terdapat gudang dengan keluasan 5000 meter persegi.
Pada tahun 1995, Huangsha dipilih sebagai "Pasar Borong Terbesar dan Paling Lama untuk Alat Tulis, Mainan dan Hiasan Terkemuka" oleh Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negeri.
Produk di sini termasuk barang pembekalan pejabat, alat tulis,alatan sukan, cenderahati dan lebih daripada 10000 jenis produk yang boleh dipilih. Plaza ini merangkumi lebih daripada 67% nilai pasaran untuk kawasan China Selatan sahaja. Plaza ini telah bekerjasama dengan lebih daripada 1000 syarikat besar dari seluruh dunia. Harga yang ditawarkan adalah kompetetif dan kualiti yang boleh dipercayai.
Hubungi kami di talian 011-13004869 untuk mendapatkan info-info terbaru mengenai Trip Borong ke China dan Seminar Borong China.
Leave A Comment