Hotline Kami: +6018-277 4914 / +6013-203 5697

info@dazra.my

04 Jan
Plaza Borong Pakaian Zhan Xi Lu
970 0

Plaza Borong Pakaian Zhan Xi Lu

04 January 2018 In Catefory Aktiviti
( 0 Votes ) 

Penggemar Fesyen wajib datang...

Zhan Xi Lu atau lebih dikenali sebagai Plaza Borong Pakaian merupakan salah satu Plaza borong yang terkenal bagi mereka yang mencari pakaian wanita dan lelaki. Zhan Xi lu berdekatan dengan Stesen Kereta Api Guangzhou dan stesen bas wilayah di sana.Tempat ini adalah pusat pengedaran pakaian di Guangzhou dan juga Selatan China. Ia memainkan peranan penting dalam pasaran borong pakaian di China. 

Di Zhan Xi Lu, terdapat banyak pengeluar terkenal yang menawarkan pakaian yang berkualiti tinggi. Kebanyakan produk kedai-kedai datang terus dari kilang dengan pengeluaran dan teknologi pakaian bertaraf antarabangsa serta keupayaan untuk menarik pelanggan dari seluruh dunia, seperti pelanggan dari Amerika Utara, Afrika, Jepun, Korea dan Eropah Timur.

Plaza Borong pakaian Zhan Xi Lu merupakan komponen di dalam bangunan pakaian borong Zhan Xi Lu, pakaian borong Zhuo Mei , dan pakaian borong Jin Du. Kesemua plaza berada di dalam kawasan Zhan Xi Road.

Tips untuk bakal pemborong di Malaysia, Zhan Xi Lu sangat terkenal sebagai Syurga Produk Palsu di Guangzhou. Terdapat banyak jenama terkenal pakaian beg, jam tangan, kasut dan telefon bimbit.

Pemborong di seluruh dunia suka memborong di sini atau membeli-belah dalam jumlah yang kecil. Tidak kira apa tujuan anda, banyak pengalaman yang menarik gila yang anda akan dapat di sini.

 

Hubungi kami di talian 011-13004869 untuk mendapatkan info-info terbaru mengenai Trip Borong ke China dan Seminar Borong China.

Dazra Ventures Author

Syarikat Dazra Ventures & Consultancy merupakan syarikat yang menjalankan seminar keusahawanan serta trip borong china kepada usahawan Malaysia yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan.

Related Articles

Comments 0

Leave A Comment

Seminar Maharaja Borong China

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami akan dedahkan segala rahsia untuk menjadikan anda benar-benar "Success" dalam teknik Borong di China...