011-1300 4869 / 013-203 5697

ramdan@dazra.my

05 Jan
Pusat Produk Kulit Huadu Shiling
140 0

Pusat Produk Kulit Huadu Shiling

05 January 2018 In Catefory Aktiviti
( 0 Votes ) 

Bandanr Shiling mula dikenali sebagai Pusat Kulit dunia...

Hanya 20 km ke utara pusat bandar Guangzhou, daerah Huadu berfungsi sebagai jambatan dan hab pengangkutan yang menghubungkan Delta Sungai Pearl (PRD) dan wilayah utama yang lain. I

Ia juga merupakan daerah yang tidak berapa dikenali di mana bandar Shiling yang maju tetapi kurang dikenali sedang menjadi pusat bagi barangan kulit dan kelengkapan untuk memenuhi kehendak negara China. Namun ada diantara pengunjung mula memanggil bandar Shiling sebagai pusat produk kulit China.

Hari ini, perdagangan produk kulit Guangdong melangkapi separuh jumlah pasaran di negara China. Barang-barang kulit dari Shiling memainkan peranan utama di pasar Guangzhou, yang seterusnya menyumbang 60% kepada pasaran Guangdong.

Dengan nilai pengeluaran tahunan melebihi Rmb 4.7 bilion (RM 28.98 bilion), barangan kulit dari Shiling dijual kepada 25 wilayah utama, bandaraya dan wilayah autonomi serta Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat. Ia menarik kira-kira 500,000 pembeli dari seluruh dunia setiap tahun, termasuk Hong Kong, Korea, Itali dan Sepanyol.

Di sini tempahan yang diterima seperti borong, jualan langsung dan penghantaran tunai. Beberapa bank tempatan yang beroperasi di Shiling menawarkan perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan untuk peniaga di sana.

Ramai sudah maklum, jenama Cina mempunyai perwakilan mereka di sini, seperti Fansite, Liannu, Beijixiong, Ludasi, Pingguo Wangzi, Jixiang dan Feilong. Beberapa jenama asing terkenal juga telah menubuhkan pejabat mereka di bandar ini. 

Hubungi kami di talian 011-13004869 untuk mendapatkan info-info terbaru mengenai Trip Borong ke China dan Seminar Borong China.

Dazra Ventures Author

Syarikat Dazra Ventures & Consultancy merupakan syarikat yang menjalankan seminar keusahawanan serta trip borong china kepada usahawan Malaysia yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan.

Related Articles

Comments 0

Leave A Comment

Seminar Maharaja Borong China

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami akan dedahkan segala rahsia untuk menjadikan anda benar-benar "Success" dalam teknik Borong di China...